Slideshow Image 1Slideshow Image 2 Slideshow Image 3

SELAMAT DATANG KE UEM BUILDERS

Profil kami
UEM Builders merupakan salah sebuah anak syarikat Kumpulan UEM, sebuah konglomerat utama negara dalam pembangunan infrastruktur yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan dan merupakan rakan pembangunan pilihan negara.

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam pembinaan, penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok anda.

Kami merupakan rakan yang boleh anda percayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek pembinaan untuk pelbagai modul perkhidmatan.

Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global dan yang berdaya saing menerusi perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.

Hak milik terpelihara UEM BUILDERS Berhad.